ISTILAH MELAYU BAJAU SESUAI UNTUK KOMUNITI BAJAU

Friday, March 19, 2010


KOTA KINABALU: Komuniti Bajau diminta supaya menggunakan istilah atau panggilan Melayu Bajau selaras usaha mencapai kemajuan dan pembangunan dalam semua aspek.

Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (Usbo), Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata penggunaan istilah Melayu Bajau bagi merujuk komuniti dalam rumpun Bajau adalah bersesuaian dengan perkembangan masakini, malahan telahpun diadaptasi oleh banyak komuniti lain.

"Oleh itu, penggunaan istilah ini dalam komuniti Bajau tidak salah dan tidak akan menghilangkan identiti masyarakat kita," katanya ketika berucap semasa jamuan tengah hari bersama-sama pemimpin-pemimpin Usbo dari seluruh Sabah di Hotel Berjaya Palace pada Sabtu.

Turut hadir Setiausaha Agung Usbo, Dr Liddy Sallun.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata dengan merujuk komuniti Bajau sebagai Melayu Bajau, ia akan dapat mengangkat martabat dan imej rumpun masyarakat ini ke tahap lebih tinggi.

Katanya, ia adalah juga seiring dan bersesuaian dengan penyatuan rakyat daripada pelbagai latarbelakang menerusi konsep 1Malaysia.

"Kita tidak boleh mengasingkan diri daripada arus perdana pembangunan negara, dan langkah merujuk atau menggunakan istilah Melayu Bajau ini merupakan suatu langkah yang harus dilihat secara positif," katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa penggunaan istilah sedemikian adalah seiring dengan fungsi Usbo di mana ramai komuniti Bajau bernaung, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Untuk itu, katanya, Usbo akan terus melaksana dan mengadakan program merapatkan silaturahim di peringkat cawangan bagi mendekati ahli akar-umbi.

Read more...

Anggota PKR Kuala Selangor Pulaukan Mesyuarat Agung Tahunan

Sunday, March 14, 2010


PKR yang diramal kebanyakan akan karam dengan sendirinya , semakin menghadapi tekanan demi tekanan. Namun dalam banyak huha-huha dan hurah-hurah politik tanahair, PKRlah yang terlalu banyak berkokok. Bila 50 Anggota PKR memulau mesyuarat Agung PKR di Negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang, jelaslah bahawa PKR bermasalah. Jika mereka yang berucap dan berkata-kata bahawa PKR tidak menghadapi masalah, lihatlah bola mata mereka. Di situ tersembunyi seribu satu perkara yang diselimuti persoalan yang dieja seperti ini: M.A.S.A.L.A.H. Ikuti berita mutakhir ini:-
Kira-kira 50 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang naik angin, memulaukan mesyuarat agung tahunan (AGM) PKR bahagian Kuala Selangor kerana tidak berpuas hati dengan cara mesyuarat itu dikendalikan.

Mereka turut berpendapat bahawa AGM itu "tidak sah" dan tidak dikendalikan sejajar dengan perlembagaan parti memandangkan tiada notis yang sewajarnya diberikan sebelum mesyuarat diadakan.

Bekas Ketua Penerangan bahagian itu, Ibrahim Mahidin, berkata setiausaha AGM tidak memberi notis mesyuarat yang sewajarnya kepada anggota parti bagi memaklumkan mengenai tarikh, venue dan masa mesyuarat itu, yang sepatutnya dibuat 14 hari sebelum AGM berlangsung.

"Notis serta agenda mesyuarat juga tidak dikepilkan pada minit untuk diedarkan pada AGM itu dan melanggari Artikel 24.6 perlembagaan parti.

"Saya dimaklumkan bahawa notis bagi AGM hari ini disiarkan dalam sebuah akhbar harian berbahasa Malaysia pada 9 Mac, 2010, iaitu lima hari sebelum AGM berlangsung dan ini sesuatu yang tidak wajar," katanya kepada pemberita di sini.

Ibrahim berkata AGM itu, yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor dan Pengerusi PKR Kuala Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hanya dihadiri oleh 241 anggota daripada sejumlah lebih 4,000 anggota dalam bahagian itu.

Beliau berkata anggota PKR juga tidak diberi peluang pada AGM berkenaan untuk membahaskan isu yang menjejaskan parti sejak akhir-akhir ini.

"PKR bahagian Kuala Selangor yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim perlu memberi perhatian kepada masalah ini dan dan mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan anggota yang marah ini secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Ibrahim turut mendakwa seorang pemegang jawatan dalam jawatankuasa PKR bahagian Kuala Selangor diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi melalui sepucuk surat bertarikh 8 Okt, 2009.

"Mengikut perlembagaan semua parti politik, seseorang yang diisytiharkan muflis tidak boleh bertanding atau memegang sebarang jawatan dalam parti," katanya.

-- BERNAMA

Read more...

ECONOMICS REFORM: Out with the new Najib wavers over undoing affirmative-action policies

Thursday, March 11, 2010


Picture: Najib ponders his patrimony

WHEN Najib Razak took office last April as Malaysia’s prime minister, the timing could hardly have been worse. The export-led economy was in recession. The ruling coalition was in the dumps after an unprecedented near-defeat in elections in March 2008. Opponents warned that Mr Najib’s government would crack down on political dissent to save its skin.

Against the odds, though, Mr Najib, a British-educated economist, has emerged as a more sure-footed, and less scandal-prone, leader than many expected. He has stimulated the economy back to life and liberalised some financial services. Growth is likely to exceed 4% this year—reaching 6%, in his own optimistic forecast.

There are ambitious new targets for cutting crime and building roads, among other populist policies. Foreign businesses have been encouraged by Mr Najib’s promises to liberalise the broader economy, spur innovation and raise productivity. Everyone agrees that Malaysia needs to move beyond run-of-the-mill electronics and focus on knowledge-based industries.

This, however, is where Malaysia’s political realities start to bite. Any serious overhaul has to tackle the perks given to Malays and other indigenous races, who make up about 65% of the population. The system saps Malaysia’s competitiveness, and has driven some frustrated members of the minorities—mainly Chinese and Indians—to decamp to more meritocratic countries. Mr Najib has signalled a readiness to pare back the privileges for so-called bumiputras (sons of the soil). They were introduced, as the “New Economic Policy” by his father, Abdul Razak, Malaysia’s second prime minister, after race riots in 1969. The idea was to redress the imbalance under which the Chinese minority in particular dominated the economy.

Investors have been waiting eagerly for Mr Najib’s “New Economic Model” (NEM). Officials say that the NEM will be unveiled in the next few weeks. But details may be sketchy, as Mr Najib tries to contain a backlash, including from the ranks of his own party, the United Malays National Organisation (UMNO). Some members are siding with Perkasa, a new Malay-rights group led by Ibrahim Ali, a former UMNO MP. Mr Ibrahim, who is accused by opponents of race-baiting, says Malays are still not ready to compete on a level playing field. “We just want our fair share,” he insists.

None of this comes as a surprise.

Bumiputra perks yield a stream of uncontested, negotiated contracts and other forms of patronage to UMNO politicians. Last year Mr Najib seemed to win the argument that renewed economic growth, essential to stem the ruling coalition’s slide in the polls, demanded some sacrifices. Now, however, UMNO heavyweights are siding with Perkasa in a rearguard action. Nor Mohamed Yakcop, a minister in charge of economic planning, says that the NEM is still being fine-tuned and declines to elaborate. Pressed on the phase-out of racial quotas, he says that, for the model to work properly, growth must be “inclusive”.

One way to stimulate the economy would be to sell stakes in government companies, which might also catch the eye of foreign investors, whom Mr Najib is trying to lure back. Wai Ho Leong, an analyst at Barclays Capital, an investment bank, believes that besides cutting the fiscal deficit, which rose to 7.4% of GDP last year, privatisation could put Mr Najib’s target of 6% annual growth within reach.

That still falls short of the 8% annual average that the government says it needs to achieve its “2020 vision” for Malaysia of developed status by that date. But this requires action on the structural impediments to private investment, which has never fully recovered from the 1997-98 Asian crisis. Chief among these is a poorly educated workforce that is no longer cheap when compared with Vietnam and Indonesia, and is short of the skills needed for innovation, as a brain-drain accelerates. Mr Ibrahim takes the long view, arguing it might take another 100 years for Malays to catch up with other races. Few investors have as distant a horizon.

The Economist 

Read more...

PAS-DAP KAWAN SETIA ? What the hell is this? Penduduk buntu diarah keluar dari tanah sendiri



PAS-DAP KAWAN SETIA [di sini]? But what the hell is this news? PAS-DAP saja kawan setia  tetapi rakyat ditindas dengan tiada berhati perut.... Zalim betul. IKUTI berita ini :-
PADANG SANAI - Lebih 20 penduduk di Kampung Baru dan Kampung Banggol Sembilan dalam Mukim Batang Tunggang Kiri di sini buntu apabila mendapat surat daripada pihak berkuasa yang menyatakan mereka perlu pindah dan rumah mereka akan diroboh setelah didakwa menceroboh tanah tersebut.

Taha Isa, 80, berkata, surat yang baru dihantar pada 7 Mac lalu menyatakan mereka perlu pindah dalam tempoh empat belas hari dan rumah akan diroboh bagi memberi laluan kepada membaik pulih dan menaik taraf jalan Alor Setar- Kuala Nerang-Durian Burung dan Missing Link Kedah.

“Pakcik memang tak faham tiba-tiba sahaja dapat surat ini dan diarahkan untuk merobohkan bangunan kerana kononnya menceroboh tanah rizab jalan. Sudah lama pakcik tinggal di sini dan tidak pernah terlintas akan masalah ini memandangkan pakcik ada geran dan itu sudah cukup membuktikan pakcik duduk atas tanah sendiri,” katanya.

Menceritakan detik-detik awal pengambilan geran tanah ini, Taha mendapat geran pada 18 November 1969 di mana ketika itu penduduk dibenarkan memiliki tanah lot sendiri.

Bagaimanapun, beliau mendapat surat diarah pindah 7 Mac lalu dan telah diberi masa 14 hari dan ia merupakan sesuatu yang tidak masuk akal.

“Pakcik tidak akan pindah jika tidak mendapat pampasan yang sesuai. Mana lagi hala tuju kami anak-beranak selepas ini apabila pindah sehelai sepinggang. Tambahan pula ramai saudara mara kami di sini menerima nasib yang sama dan tidak mempunyai tempat lain untuk mengadu,” katanya.

Bagi Ramlah Awang, 55, beliau runsing memikirkan perkara ini kerana tidak mempunyai haluan lain setelah kematian suaminya.

“Saya terkejut dan tidak sangka masalah seperti ini akan berlaku. Geran tanah atas nama suami saya diduduki bersama lima beradik yang lain dan perkara ini menyusahkan kami semua. Sebagai ibu tunggal saya bekerja untuk membesarkan empat orang anak berumur dari 15 hingga 25 tahun dan harta yang ada cuma tanah ini sahaja untuk kami semua,” katanya.

Romlah terkilan dan tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Kasa Asli Ismail, 43, menerima tiga pucuk surat menyatakan beliau terpaksa pindah dan rumah akan diroboh bagi memberi laluan terhadap pembinaan tersebut.

“Kali pertama terima surat pada pertengahan bulan Disember lalu, dan seterusnya menyusul surat kedua pada 1 Februari lalu dan ketiga pada 7 Mac dan kesemua surat ini mengarahkan saya pindah.

“Pelik dan runsing memikirkan masalah ini kerana ia sepatutnya tidak wujud kerana kami mempunyai geran tanah yang asal. Saya harap pihak yang bertanggungjawab menilai kembali status yang mengatakan kami menceroboh ini kerana geran tanah yang kami ada membuktikan segalanya,” katanya.

Sementara itu, bagi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Baru, Sazalee Abu berkata, setelah dimaklumkan penduduk mengenai perkara ini beliau menasihati penduduk untuk bersabar dan tidak membuat tindakan sendiri.

Sazalee berkata, pihaknya menghubungi Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim untuk tindakan selanjutnya.

“Saya telah menghubungi Datuk Syed Sobri mengenai masalah ini, dan hari ini beliau datang dan mendengar sendiri luahan penduduk. Harapan saya semoga ia dapat diselesaikan dengan elok,” katanya.

Selain itu, Syed Sobri ketika ditemui media berkata, pihaknya kesal dengan pengurusan Kerajaan Negeri sekarang ini yang sewenang-wenangnya menyuruh penduduk pindah walaupun mempunyai geran tanah yang sah.

“Saya kesal dengan masalah yang berlaku ini, ia membuktikan pengurusan yang dibuat tidak cekap dan penduduk menjadi mangsa. Kita semua sedia maklum akan perlakuan penduduk kampung yang sememangnya sensitif mengenai tanah ini dan saya turut kecewa dengan apa yang berlaku ini.

“Sehubungan itu, saya akan mengemukakan surat bantahan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan akan bersemuka sendiri dengan pihak tersebut dan berbincang secara aman demi kebaikan penduduk di sini,” katanya.

Selain itu, beliau akan menjadi wakil penduduk dan mahu penduduk terus kekal tinggal di kampung ini serta tidak melakukan sebarang perkara lain.

“Jika ada bayaran setimpal diberi kepada penduduk, saya yakin ia bukan sesuatu masalah yang besar kerana pampasan yang diterima boleh menjadikan penduduk membina hidup baru. Harapan saya, semoga masalah ini dapat diselesaikan dan kesemua pihak akan mendapat faedahnya terutama penduduk yang seolah-olah teraniaya,” katanya.
 Sumber asal: Sinaran Harian  [di sini]

Read more...

PAS: Bersama UMNO VS Bersama DAP.

Wednesday, March 10, 2010

Analisa DARI SENJALIZA [di sini]

Kenapa kita sering mencari perbezaan dan melupakan persamaan dalam persaingan?
“Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. “Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. “Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno,” TGNA.-Read more
-------------VERSUS------------
 However, the strain increased after PAS's election victory and the minority parties' realization that they were losing votes to the fear of an Islamic state. Shortly after the September 11, 2001 attacks, the DAP announced its withdrawal from the Barisan Alternatif on September 21, 2001. The split has led to infighting between the opposition parties in the 2004 general election. As they could not agree in the allocation of seats in each state, many seats had multiple contestants. Ties between Keadilan and PAS were also strained, as was evident in PAS' refusal to support Parti Rakyat Malaysia's bid in the Kota Bharu parliamentary seat.- Read more
Jika PAS menjadikan alasan bahawa UMNO pernah menyakitinya 24 tahun yang lalu (1977), DAP juga pernah menyakiti PAS 10 tahun yang lalu (2001). Menurut rekod, PAS dan UMNO dalam tahun 1977 berpecah kerana "pergelutan politik sesama pemimpin politik". Manakala DAP dan PAS berpecah pada tahun 2001 adalah "kerana perbezaan ideologi dan  matlamat politik".

Dari segi idelogi, PAS-UMNO mempunyai banyak persamaan. Perbezaan PAS-UMNO yang digembar-gembur kini oleh kedua-dua parti hanya lebih kelihatan sebagai desakan dan momokan persaingan politik semata-mata BUKAN pertentangan ideologi di kalangan pemimpin-pemimpinnya per se.

Persaingan merebut kuasa politik dan pola keahlian yang sama antara UMNO dan PAS menjadikan situasi saling mencari danmemberi penekanan terhadap perbezaan antara satu dengan yang lain sambil terus berusaha mengenepikan dan melupakan hakikat sebenarnya bahawa persamaan UMNO-PAS melebihi perbezaan, samada pola keahlian dan ideologi politik. Persaingan PAS-UMNO telah berjalan melebihi 24 tahun menyebabkan "kesumat dan dendam", sakit hati dan seumpamanya telah menebal dan terbuku dengan mendalam di kalangan pemimpin-terutamanya dan ahli-ahli yang fanatik khasnya.

PAS dan DAP pernah berpecah 10 tahun yang lalu. Tetapi mereka mempunyai persamaan objektif yakni menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan membentuk kerajaan atau mendapatkan kuasa. Well, ultimate goal sesebuah parti siasah ialah "mendapat kuasa". Ultimate goal inilah yang mendekatkan semula PAD-DAP yang pernah terpisah. Ditambah pula dengan kehadiran PKR yang berusaha sedaya upaya mengikat silaturahim antara PAS-DAP, walaupun nyatanya kedua parti ini mempunyai ideologi yang jauh berbeza.

PAS asalnya adalah dari "Tulang Rusuk UMNO". Sebahagian PKR adalah dari UMNO dan sebahagian besarnya lahir sebagai "bayi" dari didikan dan induktrinasi atau tarbiyah DAP. Sehingga kini PKR kelihatan sebagai perantara hubungan PAS-DAP kerana dalam darah PKR, mengalir idelogi PAS dan DAP. Justifikasi yang jelas ialah bekas-bekas calon DAP yang gagal dalam PRU 11 mampu meraih sokongan yang memenangkan mereka dengan majoriti yang besar di atas tiket PKR. Bekas ahli-ahli PAS yang bertanding atas tiket PKR juga mampu meraih sokongan yang kuat dan mengalahkan BN. Jelas dengan kesepakatan itu, BN kehilangan majoriti 2/3 dalam parlimen di tangan Pakatan Pembangkang an BN kehilangan kuasa di 4 Negeri di Semenanjung Malaysia..

Perbezaan ideologi tidak menjamin keutuhan hubungan parti-parti dalam Pakatan Pembangkang. Kenyataan ini adalah benar apabila 4 MP dan 6 ADUN Pakatan Pembangkang bertindak meninggalkan parti. Katakanlah apa saja mengenai peribadi mereka , namun fundamentalnya, mereka meninggalkan parti kerana "PERBEZAAN IDEOLOGI" sehingga berlaku krisis kepimpinan dalam parti yang sukar dikawal.

Perbezaan Idelogi inilah yang mendasari Pakatan Pembangkang sehingga sukar dinafikan bahawa mereka "very vulnerable" untuk berbalah dan akhirnya berpecah.

Adakah jaminan bahawa Pakatan Pembangkang yang berbeza ideolgi antara satu dengan yang lain dapat mewujudkan "KERAJAAN YANG STABIL"?

Kenapa PAS masih menggunakan insiden 27 tahun yang lalu sebagai alasan untuk tidak dapat berkerjasama dengan UMNO atau menjahanamkannya? Kenapa PAS dapat melupakan peristiwa yang berlaku hanya 10 tahun yang lalu dengan DAP sedangkan mereka mempunyai jurang perbezaan ideogi yang amat luas?

Theoretically, jika UMNO dan PAS bersatu dalam Barisan Nasional bersama komponen yang lain, anxiety politik tanahair akan berakhir dengan serta merta. Pastinya PAS akan lebih selesa menanamkan dan menyuburkan ideolgi Islamnya yang sebenarnya bersama orang Melayu dan Islam, tanpa perlu mentarbiyahkan masyarakat Bukan Islam dalam DAP dan PKR. Bukan Islam pastinya TIDAK akan selesa dengan Islamisasi ahli-ahli mereka yang Bukan Islam. Ke arah inilah Kerajaan Sistem Dua Parti lebih logikal untuk difikirkan. Barangkali Pakatan Rakyat-Barisan Nasional?.

Akan timbulkah seseorang, kumpulan atau organisasi yang dapat menghubungkan UMNO-PAS seperti bersatunya Kumpulan Muhajirin dan Ansar? Akan mampukah pemimpin-pemimpin di dalam organisasi ini menghimpun segala persamaan yang begitu banyak bagi menutupi perbezaan yang amat sedikit ini sehinga mereka dapat melupakan kepedihan yang berlaku lebih 24 tahun yang lalu?

Read more...

Kalakau Untul Bakal Masuk PKR: Apa yang cuba PKR Sabah buktikan?

Thursday, February 18, 2010

 
Kak Wan dah Pening dengan kes ramai ahli, penyokong pemimpin PKR yang meninggalkan partinya. Sodomi II tambah memeningkan. Apakah Kalakau Untol menjadi tambahan kepada kepeningan itu?.

Sejak konvensyen PR Sabah Disember, 2009, tiada program besar yang diadakan di Sabah. Politik Sabah sepi dari kemelut. Ia seakan menesahkan bahawa Sabah sebenarnya memang salah satu negeri fix deposit BN.

Khabarnya Presiden PKR, Datuk Seri Wan Aziziah Wan Ismail akan ke Sabah pada 21 Februari ini, Kak Wan akan mengadakan program Bertemu Anda di Star City Convensyen Centre, Kota Kinabalu. DSAI tidak akan turut serta. Barangkali dia terlalu sebok. dengan Sodomi II dan melayan tetapunya dari luar negara; dari Australia, India dan USA.

Bagimanapun, DSAI dikatakan akan menyusul lawatan Presden PKR ini pada 28 Februari. Pastinya ada sesuatu yang yang besar berlaku di Sabah, Negeri fix-deposit BN. Khabarnya pancing DSAI sudah mengena dan "ikan besar akan dinaikkan ke perahu PKR jika talinya tidak putus atau jika "ilmu 916" dan "we have the number" tidak diperguna sebagai strategi". Mulanya saya terlalu ingin untuk mengetahi "siapa Ikan besar ini" sehingga saya memujuk "Konsultan PKR Sabah untuk memberitahu saya" No way katanya ini Rahsia Besar! Top Secret!

Bagaimanapun Rahsia Besar! Top Secret! itu tidaklah sesuatu yang mengejutkan. Kalakau Untol meninggalkan UPKO dan semua jawatannya dalam kerajaan disaksikan Tuan Haji Ansari dan beberapa pemimpin PKRTuaran. Apakah ini mampu mengurangkan pening kepala Kak Wan?.
 
 Mampukah Kalakau mengisi kehilangan Zaharin? Sanggupkah Kalakau menghadapi bekas Bossnya, Datuk Wilfred Mojilip Bumnuring.

Sejak awal lagi ramai yang mengatakan bahawa langkah DSAI memujuk Datuk Dr. Jeffrey dengan Jawatan, PMPMSS, Pengerusi Majlis Permesyuarat bagi Sabah dan Sarawak, adalah merugikan PKR Sabah dalam jangka panjang. Kemelut kepimpinan PKR sejak Jeffrey kembali semula tidak juga selesai dan semakin keruh. Apakah kehadiran Kalakau akan membantu?

Sebenarnya Kalakau, sebagai Presiden sebuah NGO, USDA, United Sabah Dusun Association, yang ditinggalkan Datuk Mark Koding (Mendiang), merasakan dia perlu merebut peluang dalam kepimpinan negeri. Dia bukan lagi Senator dan tiada kedudukan politik yang teguh.

Kawasan Tuaran sudah dipenuhi oleh pemimpin BN. NO VACANCY. ADUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim-BN (PBS), DUN Kiulu. Datuk Louvis Rampas BN (PBS), DUN Sulaman , Datuk Hajiji Mohd Noor, BN UMNO dan MP Tuaran, Datu Wilfred Mojilip BN (UPKO). Oleh itu, jika Kalakau teringin memenuhi cita-cita politiknya, jalan penyelesaiannya, ialah Keluar dari UPKO (BN) dan menyertai pembangkang. Untuk Kalakau bersaing dengan ADUN dan MP kini dalam BN , sebagai calon BN, sudah tentu Kalakau gagal dan sukar menandingi mereka. So, Keluarlah Kalakau dari BN.

Isu yang dijadikan Kalakau untuk meninggalkan BN itu sebenarnya BUKAN sebab meninggalkan BN kerana isu itu sudah lama berlaku. Adapun isu-isu yang disebutkan Kalakau itu ialah isu-isu yang disediakannya untuk menghadapi PRU. Maknanya sebab utama Kalakau keluar BN ialah untuk MENCUBA NASIB kalau-kalau dicalonkan PKR.

Sudah pasti kawasan favorite Kalakau ialah DUN Tamparuli. lalu bagaimana pemimpin asal PKR di kawasan itu. Bagaimana Henry Messon, Edward Linggu dan Jasmine yang juga menaruh harapan di kawasan yang sama?. Apakah mudah bagi mereka memberikan laluan kepada bekas musuh mereka dalam PRU12?. Apakah Kalakau mampu menghadapi Datuk Wilfred Bumburing yang menjadi Bossnya dalam UPKO di Tamparuli? Aapakah Kalakau mampu menghadapi kawan-kawan lamanya, Jahid, Hajiji dan Louvis? Apakah UPKO Sabah akan berdiam diri? Apakah Tan Sri Benard Dompok, sebagai Menteri Penuh dalam kerajaan akan berdiam diri?

Kehadiran Kalakau juga sudah pasti tidak akan menyenangkan Jeffrey Kitingan. Kalakau lebih rapat dengan Ansari, seteru utama Jeffrey dalam barisan kepimpian PKR Sabah kini. Jeffrey dan Kalakau pula memang seteru lama sejak zaman PBS, hinggalah Jeffrey menyertai AKAR dan kembali semula ke PBS. Jeffrey pernah melebel Kalakau sebagai "Pengkhianat Bangsa, dan Kalakau adalah individu yang menyelungkar segala rekod Jeffrey dalam era PBS sehinggalah Jeffrey masuk ISA.

NOW you be the judge. Adakah kemasukkan Kalakau Untol yang bakal dinobatkan sebagai ahli terbaharu PKR Sabah pada 28 Februari ini. sesuatu yang besar dan bermakna kepada PKR atau ini hanya lah sekadar isu a.k.a retorik politik dan pengimbang kepada kehilangan ramai pemimpin dan penyokong PKR sejak akhir-akhir ini.

Bagaimana dengan sambutan golongan professional yang baru berjinak-jinak dengan politik tetapi bersih dan tiada rekod hitam. Tidakkah mereka terfikir bahawa kalau zaid Ibrahim dituduh sebagai "sampah UMNO', tidakkah Kalakau dituduh sampah UPKO dan keinginan mereka bakal luntur? Akan berkurangankah pening kepada Kak Wan dengan kemasukkan Kalakau ini? Atau krisis PKR Sabah akan bertambah rumit lagi?

Jika keadaan ini menanti dihadapan PKR Sabah, apakah sebenarnya yang PKR Malaysia nak bangga-banggakan? Apakah yang ingin PKR buktikan kepada rakyat Malaysia? Apakah penyertaan Kalakau dalam PKR dapat mengimbangi kehilangan Datuk Zaharin Mohamed Hashim?

Read more...

100 ahli PKR Lembah Klang masuk Umno

Tuesday, February 9, 2010

KUALA LUMPUR: Pergolakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus meruncing apabila 100 ahli dari beberapa bahagian di Lembah Klang, keluar parti kerana tidak percaya terhadap pemimpin parti itu yang lebih mengutamakan agenda peribadi berbanding rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, menerima borang kemasukan ahli PKR itu ke dalam Umno, diketuai Bendahari PKR Wilayah Persekutuan, Norasidi Salim, di sini, malam tadi. [berita penuh]

Baca juga:
-DAP 'duri dalam daging'

Read more...

Melayu perlu ambil iktibar kemelut politik Pulau Pinang

Friday, February 5, 2010

TGHH, DSAI dan LKS. Ketika itu DSAI dan LKS tergesa-gesa memerangkap RGHH supaya segera menghancurkan idea "Kerajaan Perpaduan". Kini Melayu Pulau Pinang sugul.

BUKIT MERTAJAM 4 Feb. - Kemelut politik di Pulau Pinang seharusnya menyedarkan orang Melayu betapa kerajaan negeri yang diketuai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya tidak ikhlas memperjuangkan nasib mereka.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohammad Afandy Yusof berkata, kemelut itu jelas menunjukkan wajah sebenar kepimpinan DAP-PKR yang hanya berlumba-lumba mengejar keuntungan politik dan peribadi.

Lebih malang katanya, rata-rata pemimpin PKR sanggup akur dengan tindak-tanduk DAP dan enggan bersuara semata-mata takut kehilangan jawatan.

"Banyak iktibar yang boleh direnung bukan sahaja isu gerai peniaga kecil Melayu yang diroboh tetapi juga sikap biadab pemimpin DAP sebelum ini yang memperlekehkan agama Islam.

"Lihat sahaja keceluparan pemimpin DAP yang pernah mengaitkan syariah Islam dengan golongan ekstremis. Semua ini seharusnya memberi kesedaran kepada orang Melayu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Berita penuh di sini

Read more...

Jumlah Anggota Umno Sabah Hampir Setengah Juta

Datuk Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk  Sapawi Haji Ahmad, MP Sipitang dan Datuk Salleh Tun Said, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berbincang sempena Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

KOTA KINABALU, 4 Feb (Bernama) -- Umno Sabah sehingga kini mempunyai anggota seramai 459,817 orang dan angka itu akan bertambah dari semasa ke semasa, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada Khamis malam.

"Umno Sabah akan bekerja keras untuk menambah bilangan ahli dan menggunakan semua peluang dalam program-program bersama rakyat dengan membuka kaunter pendaftaran ahli," kata Musa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Umno Negeri di sini.

Beliau berkata Umno Sabah akan menggunakan kesempatan Progam Juara Rakyat yang diadakan setiap bulan di semua bahagian untuk mendekatkan parti dengan rakyat dan meraih sokongan rakyat.

-- BERNAMA

Read more...

SEMBIRAIKU BUKAN MO. PERBAIKI TANGGAPAN YANG SALAH.

Thursday, February 4, 2010

 
Haiwan ini tidak bisa befikir waras seperti manusia.

Sembiraiku memang selalu membantah jika terdapat ada unsur unsur penghinaan yang tidak bertempat "uncalled for" dalam penulisan terutama jika kesempatan menizinkan.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa ADALAH SALAH DAN "UNCALLED FOR" menuduh laman weblog Sembiraiku ini adalah milik Musli Oli.

Memang saya kenal Mosli Oli kerana sering melalui jalan di hadapan rumahnya semasa kecil dulu. Saya BUKAN Musli Oli.

Saya kenal Musli sebagai seorang penulis buku politik yang agresif dan provokatif. Itu pilihannya yang mesti dihormati. Saya juga terbaca dari blog rakan-rakan bahawa MO berkeinginan untuk menjadi Ahli Parliment Kota Belud. Apa salahnya. Dia juga "The legal cirizen of Malaysia" yang tidak ditegah mengejar impiannya mengikut jalan dan peraturan yang sah dan betul.

Salah menyentuh peribadi dan memburukkan peribadi sesiapapun dalam tulisan terutama jika kita menghormati "kemanusiaan" dan etika penulisan yang betul.

Sembiraiku BUKAN MO atau PIPIT PEKEPA' .  Sembiraiku asing dari pipitpekepa.blogspot.com. Hormatilah hak Sembiraiku untuk menjalinkan persahabatan dengan sesiapa yang difikirkan baik dan sesuai. Jangan menuduh dengan melulu dengan semudahnya. Jadilah kita semua manusia yang bermaruah dalam penulisan kerana pembaca menilai kita dari hasil karya kita masing-masing.

Salam Persaudaraan.
Sembiraiku.

Read more...

Laporan langsung Liwat2 Anwar- Blog Unspinners

Read more...

Nostalgia: Hari Hari Di Hadapan Mataku.

Tuesday, February 2, 2010

 
Mugkin seperti inilah dunia kami di zaman kanak-kanak dulu. 

Barangkali ini dapat mengembalikan nostalgia itu....

Saban hari aku meliwati jalan ini. Mengembalikan nostagia zaman kanak-kanak mengayuh basikal melintasi jambatan kayu yang sering banjir. Lalu terpaksa pula melintasi jambatan gantung, dihujungnya Lematok, setelah menharungI kebun getah untuk ke sekolah, SMK Arshad, yang masih tersayang. Mengayuh basikal ramai-ramai tanpa mengerti penat dan lapar dahaga. Bagaikan satu pesta zaman kanak-kanak dulu.Kadang-kadang sanggup menawarkan anak-anak gadis membonceng biar terpaksa berhempas pula mengayuh, tetap juga kegirangan.

Perkara yang masih hampir sama kini masih ada. Binatang berkeliaran, lembu, dan gerai yang terletak benar-benar di bahu jalan. Dulu gerai ini sering menjadi "casio kecil", tempat beriadah dan minum kopi dengan ubi kayu, penjaram. dan kueh kacang hijau. Gerai itulah yang menjadi tempat pertemuan dan berkomunikasi penduduk Sembiraiku. Kami dn akan-rakan memang menjadi kutu gerai ini bila cuti sekolah.

Dulu sebatang tali air atau lebih dikenali penduduk sebagai irrigation, merentangi Sembiraiku. Sering menjadi tempat mandi manda kami semasa masih bergelar anak kecil sambil bertelanjang. Kadang  parit itu menjadi tempat membasuh pakaian kerana airnya jernih. Cuma air sabun dan bahan cucian dilarang untuk dibuang semula mengikuti parit itu. Rumah pam airlah puncanya air itu mengalir laju. 

Rumah Pam Air di hunung jambatan di hujung Sembiraiku itu kini sudah tidak berfungsi lagi. irrigationpun sudah tidak lagi mengalikan air deras, bertanam padipun sudah tidak menjadi punca mata pencarian yang utama. Yang kekal hanyalah gerai-gerai di bahu jalan. Penjaram dan kueh kacang hijau masih ada. masih mengusik nostagia kerana di situlah saya dan rakan-rakan singgah menjadi pelanggan tetap gerai bangsaku selepas berlumba-lumba berbasikal. Dulu Kuih Kacang Hijau 10 sebiji. 50 sen bekal ke sekolah sudah cukup.

Anak-anak kini sudah tidak lagi sanggup berbasikal dan berbekal 50 Sen. Mungkin sudah tidak mahu berbekal pinjaram dan kueh kacang hijau. Mereka tidak lagi sanggup bermadikan air irrigation. Namun mereka yang melalui nostagia seperi kami zaman kanak-kanak dulu, lebih cekal lebih daya tahan. Kadangkang aku bertanya sendirian, berapakah wang saku kanak-kanak hari ini. Pernahkah mereka bertanya bagaimana ibu bapa mereka mendapat wang saku itu? Pernahkanh mereka merenung wajah ayah mereka ketika siayah tidur kerana penat dan lelah?

Maju dan majulah bangsaku., generasi kita masih perlu mengharungi kehidupan ini dan mencipta nostagia seperti kita, yang membuat kita tersenyum bila mendengar rintihan dan penderitaan generasi kini yang tidak pernah mengerti jalan-jalan yang pernah kita lalui.

Read more...

Mentaliti Iranun, Bajau, Dusun dan Melayu Sukar Berubah-Kelapa Mawar.

Monday, February 1, 2010

Sembiraiku agak terperanjat membaca ulasan Kelapa Mawar mengenai komen Sembiraiku (Pipit Pekepa) dalam blog Kelapa Mawar.

Sembiraiku sedih sekali lagi kerana Kelapa Mawar masih terus memperkecil suku bangsa. Kali ini Iranun Bajau, Dusun dan Melayu dipandang rendah sekali apabila dikatakan "mentaliti mereka (diejanya "mrk") sukar berubah. Barangkali Kelapa Mawar belajar dari Aduka Taruna yang menghina DYMM Almarhum Sultan Johor supaya blognya popular. Siapa pula pemimpin yang diperkecil Kelapa Mawar dengan mengatakannya "Pemimpin yang gagal menyumbang kepada taraf hidup? Ikutilah ulasan Kelapa Mawar seperti beriku:-


ulasan saya (Kelapa Mawar}
1. ........Pada asasnya keadaan itu berlaku dan ini..sama ada atas sebab apa..itu tidak dapat dipastikan.. Namun berdasarkan pengamatan saya..sdr Pipit boleh nyatakan berapa ramai pemimpin politik Iranun dalam UMNO KB..?

2. Saya katakan melulu, kerana di kalangan orang 
Iranun ada yang berbuat demikian.

Mentaliti mrk sukar berubah..sebab itu biarpun ada pemimpin yg 'gagal' menyumbang kp peningktan taraf hidup mrk, namun mrk tetap sokong. Ini bukan sahaja berlaku pada masyarakat Iranun, malahan juga pada masyarakat Dusun dan Bajau.,.hatta org melayu juga ada yg demikian.-Kelapa Mawar

.

Read more...

Bila Adat Di Junjung.

Sunday, January 31, 2010

Jumlah Denda: Empat Ekor Kerbau, seekor babi, RM2,000,00 dan RM200.00 sebulan untuk anak-anak pengadu yang juga anak pesalah.

Sepasang "kekasih" yang menjalinkan hubungan sulit telah didenda empat ekor kerbau, seekor babi dan RM2,000. Ringgit oleh Mahkamah Anak Negeri Penampang. Jumaat lepas (29 Januari, 2010). Denda ini dikenakan selepas isteri kapada suami yang terlibat dengan hubungan sulit ini mengadu kepada mahkamah  Anak Negeri Penampang tahun lepas.

Mahkamah Anak Negeri Penampang mengarahkan lelaki, yakni suami kepada pengadu, membayar denda RM1,000.00, gantirugi seekor kerbau atau RM1,500.00 kepada isterinya; seekor babi atau RM500.00 kepada dua orang anak mereka. Manakal Penduduk Kampun Lengkuas Papar, Kg Suaminya, dibayar seekor kerbau atau RM1,500.00. Di samping itu si suami ini diarah membayar sebanyak RM200.00 sebulan sebagai perbelanjaan anak-anak mereka.

Pasangan wanita lelaki ini juga didenda sebanyak RM1,000.00 sebagai ganti rugi kepada Isterinya dan seekor kerbau hendaklah dibayar kepada Penduduk sebuah kampung di Keningau, kampung asal pasangan wanita suami pengadu.

Penghakiman dijalakan oleh Pegawai Daerah Penampang , Encik William Sampil, dua Ketua Anak Negeri Johney Molijo dan Adrian Sikawah.

Demikaian keputusan Mahkamah Anak Negeri ke atas pelaku menjalin hubungan sulit di belakang (disembunyikan) isteri. Hukuman Mahkamah Anak Negeri yang menjunjung adat.
NOTA:
Sembiraiku tidak menceritakan atau mensensasikan fakta kes dan kisah "hubungan sulit" sebagai menghormati kemanusiaan dan mengelak dari mengaibkan mereka yang dihukum sekalipun mereka bersalah. Peringatan Sembiraiku, jangan ada di antara kita yang cuba mengaibkan sesiapa terutama apabila kita menyedari mereka belum tentu bersalah. Ingatlah pesan ini Kelapa Mawar.

Read more...

DI SEBALIK ISU KALIMAH-YB ZULKIFLI NOORDIN MP KULIM BANDAR BARU

Friday, January 29, 2010

Read more...

ALAHAI! MUSLI NAK JADI MP KOTA BELUD..TERLEBIH SUDAH BRO..

 
Ke mana pejuang pribumi kami yang Perkasa ketika tanah warisan kami diragut dari tangan kami? Alahai! Nak jadi MP, jangan ke hulu ke hilir yang dikejar tak ada yang dikandung dibiarkan kemiskinan.

Kita di Sembiraiku , Wakap dan Labuan sudah masak dengan broder Musli Haji Oli ini, Saranan kepada brder ini, sambunglah kerja menulis buku. Dapat juga kami baca idea "anak bangsa kami". Tapi bro, jangan sekali-kali menghina bangsa kami. Walaupun kami anak-anak miskin yang dibesarkan menghalau pipit di sawah, kami masih mempunyai maruah. Janganlah kami dianggap sebagai pita rosak yang tidak berfaedah. Maruah bangsa kami, juga maruah bangsa sdr Musli. Jangan sekali-kali maruah ini dipersenda.

Kami sudah redha dengan kehidupan kami. Kami tidak akan mengemis. Kami harap jika tanah tumpah darah kami dirampas dengan membelakangkan peraturan dan kemanusiaan, ada bangsa kami yang berpendidikan tinggi dan bergelar aktivis membela kami. Ada pejuang Peribumi yang melindungi hak kami. Mana semua ini?

Alahai, Musli nak jadi YB, MP Kota Belud. Berdentum guruh di langit, awan hitam menutup mega, air di tempayan anak anak pribumi Sembirai, Wakap dan Labuan tak akan kami curahkan. Alahai Bakal YB!!!!? janganlah kami dianggap pita rosak.

Read more...

BLOGGER PENGHINA BANGSA

Wednesday, January 27, 2010

 
Blogger Kelapa Mawar dan Blogger Sang Kelembai Hina Bangsa Bajau

Malaysia heboh dengan isu Aduka Taruna menghina DYMM Sultan Johor yang baru saja mangkat. Oleh kerana Rais Yatim memaafkan Aduka Taruna, maka menjadi-jadilah perbuatan menghina oleh para blogger. yang tidak beretika.  Nantinya mereka juga bakal dimaafkan Rais Yatim!

Apa akan jadi dengan peradaban manusia Malaysian jika perkara ini berterusan. Hina orang dan dimaafkan!. Apakah ada keinsafan atau sekurang-kurangnya rasa bersalah rakyat Malaysia yang bersikap "MENGHINA" ini?

Sang Kelembai mengatakan bahawa rakyat Sabah berketurunan Bajau bodoh! hanya kerana Bajau tidak jadi Ketua Menteri Sabah. Masyallah! Lupakah sang Kelembai bahawa Allah SWT tidak akan memungkiri janjiNya. Apa-apa yang telah dianugerakan kepada manusia itu, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Andainya jawatan Ketua Menteri ditakdirkan Allah SWT untuk orang lain yang tidak berbangsa Bajau, apakah Bangsa Bajau bodoh!. Celupar sungguh sitebal bibir ini!

Kelapa Mawar juga demikian. Mengata dan memperkecil badan NGO Bajau sebagai gagal. Perbuatan itu sekaligus menghina orang Bajau. Seolah-olah Bangsa Bajau tidak langsung mempunyai kualiti untuk berjaya. mentadbir atau mengurus Lebih teruk lagi apabila Peribumi Perkasa diperkecil. Blogger Kelapa Mawar sebenarnya bukan ahli NGO Bangsa Bajau atau ahli Perkasa. Dia benar-benar BUTA mengenai kedua-dua badan NGO ini. Tetapi kenapa Kelapa Mawar menghina Bangsa Bajau dan Kaum Peribumi. Kalaupun terlalu bercita-cita promote PAS kerna semua tahu Kelapa Mawar susun-susun orang BN dan berpura-pura orang BN, kami tahu suku sakat Kelapa Mawar pendokong PAS kerana Suku Sakat mau jadi Calon PAS di DUN Tempasuk. Siapa tidak tahu!!!?. jangan pula orang kata makan minum rumah BN  tatapi menyembunyikan pisau belati di belakang!

Apapun niat Kelapa Mawar, kami Pasukan Sembirai, Wakap, Labuan tidak kisah. Tapi kenapa hina bangsa kami. KENAPA KELAPA MAWAR HINA BANGSA KAMI DAN PERIBUMI NEGERI INI. Kelapa Mawar ini pengikut Hamid Karzai kah yang menghina dan memperdagangkan bangsanya sendiri? Kami dai Bangsa Bajau Sabah tidak akan mengemis demi maruah bangsa kami. Biar kami hadapi kemiskinan bangsa kami dengan cara kami. Kami tidak AKAN menggadai maruah bangsa kami.

Sang Kelembai dan Kelapa Mawar. Taubatlah. Jangan sesekali menghina mana-mana Bangsa. Sukar kami menerima kenyataan ini!.

Read more...

PEGAWAI KHAS YANG HINA BAJAU DI SABAH!!!


Zaharin Sang Kelembai. Bibir Tebal dan Mulut Celupar.

Dato Rahman Dahlan: MP Kota Belud yang berbangsa Bajau. Zaharin kata bangsa Bajau Bodoh! Bajau akan sokong BN kerana Pegawai Khas PM kata hanya yang bodoh saja tidak undi BN!? Betul kah?

Dalam facebook dia posting dengan angkuh kata "aku remove anak Bajau Bodoh ini" sebagai merujuk kepada seorang penulis politik dari Sabah yang juga berbangsa Bajau. Pegawai Khas yang di maksudkan itu ialah Zaharin Mohd Yasin atau nama kurang ajarnya SANG KELEMBAI!

Sang Kelembai berbibir tebal dan gilakan perempuan gemuk memang kurang ajar. Di KL semua panggil Zaharin Giler!! Semua orang di lambai dan di pow duit untuk bagi perempuan-perempuan jadi mangsa nafsunya. Hampir semua negeri ada kes orang pukul pegawai yang mulut laser dan celupar ini. Namun beginilah jenis pemimpin yang Najib akan gunakan untuk yakin rakyat kembali sokong BN!! Ya Allah. TAKBIR..

Penulis yang dikata "Bajau Bodoh" itu difahamkan asal dari Kota Belud berpindah dan menetap di KL kira-kira setahun lalu. Kabarnya telah membeli rumah di Batu Caves. Dan seorang yang berjaya dalam bisnes. Beliau aktif sepenuh masa sebagai penulis juga di katakan rakan karib Pegawai Khas PM yang baru dilantik. Saya tak kisah hubungan mereka. Lakonan mereka atau sandiwara untuk dapat perhatian PM. Tetapi sebagai seorang berbangsa Bajau saya kesal bangsa saya di hina!

Saya baca dalam facebook, bila seorang friend dari Sabah komen," Kenapa bang zaharin kata orang Bajau Bodoh?, pemimpin seperti Datuk Shafie Afdal, Datuk Saleh Said Keruak, Datuk Hajiji, Datuk Rahman Dahlan adalah orang Bajau." Secara sinis dia jawab "Semua Bajau memang bijak sebab itu Musa Aman jadi KM Sabah hahaha!"

Pegawai yang bekerja sebagai Pegawai Khas PM itu dilantik skel JUSA C dengan gaji sekitar RM13K sebulan hanya dengan mengatakan ada suku kaum Sabah Bodoh dan melaga-lagakan suku-suku di Sabah. Seolah-olah memberitahu mereka semua bodoh kerana Musa Aman keturunan Pakistan jadi KM Sabah. Maka akan bangkitlah bangsa dan suku bumiputra asli di Sabah kerana pegawai PM yang bodoh dan tidak lulus SRP ini.

Apakah Dato Seri Najib desperado pilih orang seperti Sang kelembai? atau Najib takut menerima nasib seperti Pak Lah yang dikutuk Sang Kelembai dalam blognya? Maka semua blogger UMNO yang setia bertanya pada Najib: Kami perlukah kurang ajar dan GILA seperti Zaharin untuk di beri ganjaran?

Read more...

PENGENDALI BLOG KELAPA MAWAR MULA MELAMPAUI BATAS-MENGHINA BANGSA BAJAU DAN PERIBUMI

 Sebagai anak jati pribumi Negeri Sabah dan Berbangsa Bajau, saya ingin menyatakan rasa tersinggung dan terguris saya bilamana pengendali Blog kelapa Mawar mula memperkecil dan menperolok-olok Persatuan  Bangsa saya USBO dan PERKASA (Sabah) yang baru saja dilancarkan pentengahan December, 2009 yang lepas.

Apa kejayaan Kelapa Mawar dan Persatuan Peribadi Kelapa Mawar? Tunjukkanlah! Mana Persatuan Kelapa Mawar? Jangan hanya duduk depan PC dan bila kering kontang idea dan otak maka mulalah mengutuk persatuan Pribumi Sabah dan Badan NGO dari suku-suku kaum Besar Di Sabah, USBO. Ini menunjuk Kelapa Mawar sudah melampaui batas dan mula bersikap Biadap. Kalu tak suka jangan jadi ahli. Jangan di cerca bangsa saya Kami masih mahu berkhidmat kepada bangsa kami, tanahair kami dan suku kaum kami setakat yg kami terdaya. Walaupun kami meperhambakan diri tetapi kami BUKAN hamba. Kami juga bukan superman.

Saya tidak suka bangsa saya dan persatuan saya diperkecil-kecil. Saya juga berkhidmat secara sukarela. Tapi saya tidak pernah mengutuk dan memperkecil persatuan orang lain. Besar sangatkah kuasa Kelapa Mawar ini?. Besar sangatlah jasanya kepada Masyarakat Bajau dan Pribumi? Siapa yang suka persatuannya diperkecil-kecil? Kami bukan peminta sedekah. Kami tidak mahu pihak lain menghitung jasa dan pengorbanan USBO dan PERKASA dihujung jari mereka sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa itu USBO dan Apa itu Perkasa seperti Kelapa Mawar. KM tidak faham USBO dan TIDAK Tahu Perkasa. Saya tidak faham apa yang melayakkannya menulis mengenai USBO dan PERKASA selain nafsu dia sendiri.

Kelapa Mawar tahu kah ratusan ribu ringgit sudah USBO bantu untuk pendidikan anak bangsa dan memelihara Bahasa Ibuda dan Budaya tanpa memikir kerugian dan penat lelah.? Tahu kah KM ratusan ribu telah USBO guna untuk membantu ahlinya dan bangsanya  yang menghadapai kesukaran dalam kehidupan, kesihatan dan pendidikan. Cuba bariskan di blog kelapa Mawar Jasa Kelapa Mawar Sendiri! kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan agama! Tiada? maka itu cermin diri dan selalu bermuasabah dan cucikan hati dengan perbanyakkan zikirullah!

Mempersenda USBO adalah mempersenda bangsa Bajau. Mempersenda Perkasa adalah mempersenda Pribumi di Tanahair ini termasuk di Seluruh Malaysia. Saya menuntut KELAPA MAWAR MEMOHON MAAF KEPADA USBO DAN PERKASA kerana keceluparan Kelapa Mawar ini. Saya tunggu.

Kelapa Mawar. Berhentilah menghina Bangsa saya, Bajau dan Keturunan saya, sebagai pribumi. Saya tidak ingat saya berhutang dengan Kelapa Mawar!! Kalau menulis gunakan otak yang waras di kepala bukan otak di lutut. Atau kalu tak mampu langsung berfikir waras jangan menulis langsung.

Read more...

Nordin dakwa Anwar bersikap seperti 'diktator'

Tuesday, January 26, 2010


KUALA LUMPUR 26 Jan.


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bersikap seperti 'diktator' dan tidak akan mendengar pandangan ahli partinya kerana beliau bimbang muslihat yang disusun, akan musnah di tangan pengikut sendiri. Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, sejak awal penubuhan parti itu, segala keputusan ditentukan oleh Anwar seorang diri.

Sehubungan itu katanya, beliau tidak terkejut jika lebih ramai ahli PKR terutama yang memegang jawatan tinggi akan mengikut rentak Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang memilih untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Negeri Pahang. "Saya yakin Azan meletakkan jawatan kerana tidak tahan dengan sikap Anwar yang egois dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain. [selanjutnya di sini]

ULASAN.
Persoalannya: Ke mana segala kebebasan yang dilaung-laungkan Pakatan Rakyat. selama ini Mereka sekaligus telah meguburkan slogan kebebasan yang selama ini mereka "konon" perjuangkan. Saya sudah tidak lagi hairan bila ramai yang berbondong-bondong meninggalkan PKR dan Pakatan Rakyat...Jomm tinggalkan saja mereka...

Read more...

Dua masjid dilempar 4 kepala babi: KPN minta bertenang

27/01/2010 1:31pm


Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa di sini dan Masjid Jumhuriahdi Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dilempar dengan objek dipercayai kepala babi hutan, awal pagi ini.

Objek yang dibungkus dengan plastik putih berserta wang tunai sebanyak RM35 itu ditemui jemaah masjid selepas selesai menunaikan solat subuh. [berita penuh di sinI]

Kejadian ini dapat dilihat sebagai kejadian yang cuba meracuni pemikiran rakyat dan cuba mengapi-apikan perpaduan rakyat negara ini. Kita semstilah awas dan sentiasa berwaspada. Bila negara kita kacau bilau, mudah bagi kuasa asing untukcampur tangan. Inilah bahasa di sebali peristiwa ini.

Jangan sama sekali insiden seperti ini menular di negeri kita yang aman damai ini. 


SALAM PRKENALAN DAN SELAMAT BERTEMU DI RUANG KECIL INI.

Read more...

Lagu kaum Pribumi Sabah.- KDM

BATASAN JANGAN DILANGKAHI

The improper use of network facilities or network services, as provided under section 233(1)(a) of the Communications and Multimedia Act.

Under the section, any person who knowingly initiates the transmission of any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person is liable to a fine not exceeding RM50,000 or imprisonment of up to one year.

He will also be liable to a further fine of RM1,000 for every day during which the offence is continued after conviction.


About This Blog

ISUN ISUN JADI PESOKO

PELAWAT BUKAN PELIWAT

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP