Anggota PKR Kuala Selangor Pulaukan Mesyuarat Agung Tahunan

Sunday, March 14, 2010


PKR yang diramal kebanyakan akan karam dengan sendirinya , semakin menghadapi tekanan demi tekanan. Namun dalam banyak huha-huha dan hurah-hurah politik tanahair, PKRlah yang terlalu banyak berkokok. Bila 50 Anggota PKR memulau mesyuarat Agung PKR di Negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang, jelaslah bahawa PKR bermasalah. Jika mereka yang berucap dan berkata-kata bahawa PKR tidak menghadapi masalah, lihatlah bola mata mereka. Di situ tersembunyi seribu satu perkara yang diselimuti persoalan yang dieja seperti ini: M.A.S.A.L.A.H. Ikuti berita mutakhir ini:-
Kira-kira 50 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang naik angin, memulaukan mesyuarat agung tahunan (AGM) PKR bahagian Kuala Selangor kerana tidak berpuas hati dengan cara mesyuarat itu dikendalikan.

Mereka turut berpendapat bahawa AGM itu "tidak sah" dan tidak dikendalikan sejajar dengan perlembagaan parti memandangkan tiada notis yang sewajarnya diberikan sebelum mesyuarat diadakan.

Bekas Ketua Penerangan bahagian itu, Ibrahim Mahidin, berkata setiausaha AGM tidak memberi notis mesyuarat yang sewajarnya kepada anggota parti bagi memaklumkan mengenai tarikh, venue dan masa mesyuarat itu, yang sepatutnya dibuat 14 hari sebelum AGM berlangsung.

"Notis serta agenda mesyuarat juga tidak dikepilkan pada minit untuk diedarkan pada AGM itu dan melanggari Artikel 24.6 perlembagaan parti.

"Saya dimaklumkan bahawa notis bagi AGM hari ini disiarkan dalam sebuah akhbar harian berbahasa Malaysia pada 9 Mac, 2010, iaitu lima hari sebelum AGM berlangsung dan ini sesuatu yang tidak wajar," katanya kepada pemberita di sini.

Ibrahim berkata AGM itu, yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor dan Pengerusi PKR Kuala Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hanya dihadiri oleh 241 anggota daripada sejumlah lebih 4,000 anggota dalam bahagian itu.

Beliau berkata anggota PKR juga tidak diberi peluang pada AGM berkenaan untuk membahaskan isu yang menjejaskan parti sejak akhir-akhir ini.

"PKR bahagian Kuala Selangor yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim perlu memberi perhatian kepada masalah ini dan dan mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan anggota yang marah ini secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Ibrahim turut mendakwa seorang pemegang jawatan dalam jawatankuasa PKR bahagian Kuala Selangor diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi melalui sepucuk surat bertarikh 8 Okt, 2009.

"Mengikut perlembagaan semua parti politik, seseorang yang diisytiharkan muflis tidak boleh bertanding atau memegang sebarang jawatan dalam parti," katanya.

-- BERNAMA

1 comments:

Antibarua March 14, 2010 at 10:55 AM  

MASA UNTUK MEMPERTEGUHKAN UMNO DAN BARISAN NASONAL, KITA KALAH DAHULU BUKAN KERANA MEREKA KUAT TETAPI KERANA KITA TIDAK BERSATU.

MASA UNTUK BERSATU DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR..

PERGI HANCUR PAKATAN RAKYAT

Post a Comment

Lagu kaum Pribumi Sabah.- KDM

BATASAN JANGAN DILANGKAHI

The improper use of network facilities or network services, as provided under section 233(1)(a) of the Communications and Multimedia Act.

Under the section, any person who knowingly initiates the transmission of any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person is liable to a fine not exceeding RM50,000 or imprisonment of up to one year.

He will also be liable to a further fine of RM1,000 for every day during which the offence is continued after conviction.


About This Blog

ISUN ISUN JADI PESOKO

PELAWAT BUKAN PELIWAT

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP