PAS-DAP KAWAN SETIA ? What the hell is this? Penduduk buntu diarah keluar dari tanah sendiri

Thursday, March 11, 2010



PAS-DAP KAWAN SETIA [di sini]? But what the hell is this news? PAS-DAP saja kawan setia  tetapi rakyat ditindas dengan tiada berhati perut.... Zalim betul. IKUTI berita ini :-
PADANG SANAI - Lebih 20 penduduk di Kampung Baru dan Kampung Banggol Sembilan dalam Mukim Batang Tunggang Kiri di sini buntu apabila mendapat surat daripada pihak berkuasa yang menyatakan mereka perlu pindah dan rumah mereka akan diroboh setelah didakwa menceroboh tanah tersebut.

Taha Isa, 80, berkata, surat yang baru dihantar pada 7 Mac lalu menyatakan mereka perlu pindah dalam tempoh empat belas hari dan rumah akan diroboh bagi memberi laluan kepada membaik pulih dan menaik taraf jalan Alor Setar- Kuala Nerang-Durian Burung dan Missing Link Kedah.

“Pakcik memang tak faham tiba-tiba sahaja dapat surat ini dan diarahkan untuk merobohkan bangunan kerana kononnya menceroboh tanah rizab jalan. Sudah lama pakcik tinggal di sini dan tidak pernah terlintas akan masalah ini memandangkan pakcik ada geran dan itu sudah cukup membuktikan pakcik duduk atas tanah sendiri,” katanya.

Menceritakan detik-detik awal pengambilan geran tanah ini, Taha mendapat geran pada 18 November 1969 di mana ketika itu penduduk dibenarkan memiliki tanah lot sendiri.

Bagaimanapun, beliau mendapat surat diarah pindah 7 Mac lalu dan telah diberi masa 14 hari dan ia merupakan sesuatu yang tidak masuk akal.

“Pakcik tidak akan pindah jika tidak mendapat pampasan yang sesuai. Mana lagi hala tuju kami anak-beranak selepas ini apabila pindah sehelai sepinggang. Tambahan pula ramai saudara mara kami di sini menerima nasib yang sama dan tidak mempunyai tempat lain untuk mengadu,” katanya.

Bagi Ramlah Awang, 55, beliau runsing memikirkan perkara ini kerana tidak mempunyai haluan lain setelah kematian suaminya.

“Saya terkejut dan tidak sangka masalah seperti ini akan berlaku. Geran tanah atas nama suami saya diduduki bersama lima beradik yang lain dan perkara ini menyusahkan kami semua. Sebagai ibu tunggal saya bekerja untuk membesarkan empat orang anak berumur dari 15 hingga 25 tahun dan harta yang ada cuma tanah ini sahaja untuk kami semua,” katanya.

Romlah terkilan dan tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Kasa Asli Ismail, 43, menerima tiga pucuk surat menyatakan beliau terpaksa pindah dan rumah akan diroboh bagi memberi laluan terhadap pembinaan tersebut.

“Kali pertama terima surat pada pertengahan bulan Disember lalu, dan seterusnya menyusul surat kedua pada 1 Februari lalu dan ketiga pada 7 Mac dan kesemua surat ini mengarahkan saya pindah.

“Pelik dan runsing memikirkan masalah ini kerana ia sepatutnya tidak wujud kerana kami mempunyai geran tanah yang asal. Saya harap pihak yang bertanggungjawab menilai kembali status yang mengatakan kami menceroboh ini kerana geran tanah yang kami ada membuktikan segalanya,” katanya.

Sementara itu, bagi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Baru, Sazalee Abu berkata, setelah dimaklumkan penduduk mengenai perkara ini beliau menasihati penduduk untuk bersabar dan tidak membuat tindakan sendiri.

Sazalee berkata, pihaknya menghubungi Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim untuk tindakan selanjutnya.

“Saya telah menghubungi Datuk Syed Sobri mengenai masalah ini, dan hari ini beliau datang dan mendengar sendiri luahan penduduk. Harapan saya semoga ia dapat diselesaikan dengan elok,” katanya.

Selain itu, Syed Sobri ketika ditemui media berkata, pihaknya kesal dengan pengurusan Kerajaan Negeri sekarang ini yang sewenang-wenangnya menyuruh penduduk pindah walaupun mempunyai geran tanah yang sah.

“Saya kesal dengan masalah yang berlaku ini, ia membuktikan pengurusan yang dibuat tidak cekap dan penduduk menjadi mangsa. Kita semua sedia maklum akan perlakuan penduduk kampung yang sememangnya sensitif mengenai tanah ini dan saya turut kecewa dengan apa yang berlaku ini.

“Sehubungan itu, saya akan mengemukakan surat bantahan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan akan bersemuka sendiri dengan pihak tersebut dan berbincang secara aman demi kebaikan penduduk di sini,” katanya.

Selain itu, beliau akan menjadi wakil penduduk dan mahu penduduk terus kekal tinggal di kampung ini serta tidak melakukan sebarang perkara lain.

“Jika ada bayaran setimpal diberi kepada penduduk, saya yakin ia bukan sesuatu masalah yang besar kerana pampasan yang diterima boleh menjadikan penduduk membina hidup baru. Harapan saya, semoga masalah ini dapat diselesaikan dan kesemua pihak akan mendapat faedahnya terutama penduduk yang seolah-olah teraniaya,” katanya.
 Sumber asal: Sinaran Harian  [di sini]

0 comments:

Post a Comment

Lagu kaum Pribumi Sabah.- KDM

BATASAN JANGAN DILANGKAHI

The improper use of network facilities or network services, as provided under section 233(1)(a) of the Communications and Multimedia Act.

Under the section, any person who knowingly initiates the transmission of any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person is liable to a fine not exceeding RM50,000 or imprisonment of up to one year.

He will also be liable to a further fine of RM1,000 for every day during which the offence is continued after conviction.


About This Blog

ISUN ISUN JADI PESOKO

PELAWAT BUKAN PELIWAT

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP