Kalakau Untul Bakal Masuk PKR: Apa yang cuba PKR Sabah buktikan?

Thursday, February 18, 2010

 
Kak Wan dah Pening dengan kes ramai ahli, penyokong pemimpin PKR yang meninggalkan partinya. Sodomi II tambah memeningkan. Apakah Kalakau Untol menjadi tambahan kepada kepeningan itu?.

Sejak konvensyen PR Sabah Disember, 2009, tiada program besar yang diadakan di Sabah. Politik Sabah sepi dari kemelut. Ia seakan menesahkan bahawa Sabah sebenarnya memang salah satu negeri fix deposit BN.

Khabarnya Presiden PKR, Datuk Seri Wan Aziziah Wan Ismail akan ke Sabah pada 21 Februari ini, Kak Wan akan mengadakan program Bertemu Anda di Star City Convensyen Centre, Kota Kinabalu. DSAI tidak akan turut serta. Barangkali dia terlalu sebok. dengan Sodomi II dan melayan tetapunya dari luar negara; dari Australia, India dan USA.

Bagimanapun, DSAI dikatakan akan menyusul lawatan Presden PKR ini pada 28 Februari. Pastinya ada sesuatu yang yang besar berlaku di Sabah, Negeri fix-deposit BN. Khabarnya pancing DSAI sudah mengena dan "ikan besar akan dinaikkan ke perahu PKR jika talinya tidak putus atau jika "ilmu 916" dan "we have the number" tidak diperguna sebagai strategi". Mulanya saya terlalu ingin untuk mengetahi "siapa Ikan besar ini" sehingga saya memujuk "Konsultan PKR Sabah untuk memberitahu saya" No way katanya ini Rahsia Besar! Top Secret!

Bagaimanapun Rahsia Besar! Top Secret! itu tidaklah sesuatu yang mengejutkan. Kalakau Untol meninggalkan UPKO dan semua jawatannya dalam kerajaan disaksikan Tuan Haji Ansari dan beberapa pemimpin PKRTuaran. Apakah ini mampu mengurangkan pening kepala Kak Wan?.
 
 Mampukah Kalakau mengisi kehilangan Zaharin? Sanggupkah Kalakau menghadapi bekas Bossnya, Datuk Wilfred Mojilip Bumnuring.

Sejak awal lagi ramai yang mengatakan bahawa langkah DSAI memujuk Datuk Dr. Jeffrey dengan Jawatan, PMPMSS, Pengerusi Majlis Permesyuarat bagi Sabah dan Sarawak, adalah merugikan PKR Sabah dalam jangka panjang. Kemelut kepimpinan PKR sejak Jeffrey kembali semula tidak juga selesai dan semakin keruh. Apakah kehadiran Kalakau akan membantu?

Sebenarnya Kalakau, sebagai Presiden sebuah NGO, USDA, United Sabah Dusun Association, yang ditinggalkan Datuk Mark Koding (Mendiang), merasakan dia perlu merebut peluang dalam kepimpinan negeri. Dia bukan lagi Senator dan tiada kedudukan politik yang teguh.

Kawasan Tuaran sudah dipenuhi oleh pemimpin BN. NO VACANCY. ADUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim-BN (PBS), DUN Kiulu. Datuk Louvis Rampas BN (PBS), DUN Sulaman , Datuk Hajiji Mohd Noor, BN UMNO dan MP Tuaran, Datu Wilfred Mojilip BN (UPKO). Oleh itu, jika Kalakau teringin memenuhi cita-cita politiknya, jalan penyelesaiannya, ialah Keluar dari UPKO (BN) dan menyertai pembangkang. Untuk Kalakau bersaing dengan ADUN dan MP kini dalam BN , sebagai calon BN, sudah tentu Kalakau gagal dan sukar menandingi mereka. So, Keluarlah Kalakau dari BN.

Isu yang dijadikan Kalakau untuk meninggalkan BN itu sebenarnya BUKAN sebab meninggalkan BN kerana isu itu sudah lama berlaku. Adapun isu-isu yang disebutkan Kalakau itu ialah isu-isu yang disediakannya untuk menghadapi PRU. Maknanya sebab utama Kalakau keluar BN ialah untuk MENCUBA NASIB kalau-kalau dicalonkan PKR.

Sudah pasti kawasan favorite Kalakau ialah DUN Tamparuli. lalu bagaimana pemimpin asal PKR di kawasan itu. Bagaimana Henry Messon, Edward Linggu dan Jasmine yang juga menaruh harapan di kawasan yang sama?. Apakah mudah bagi mereka memberikan laluan kepada bekas musuh mereka dalam PRU12?. Apakah Kalakau mampu menghadapi Datuk Wilfred Bumburing yang menjadi Bossnya dalam UPKO di Tamparuli? Aapakah Kalakau mampu menghadapi kawan-kawan lamanya, Jahid, Hajiji dan Louvis? Apakah UPKO Sabah akan berdiam diri? Apakah Tan Sri Benard Dompok, sebagai Menteri Penuh dalam kerajaan akan berdiam diri?

Kehadiran Kalakau juga sudah pasti tidak akan menyenangkan Jeffrey Kitingan. Kalakau lebih rapat dengan Ansari, seteru utama Jeffrey dalam barisan kepimpian PKR Sabah kini. Jeffrey dan Kalakau pula memang seteru lama sejak zaman PBS, hinggalah Jeffrey menyertai AKAR dan kembali semula ke PBS. Jeffrey pernah melebel Kalakau sebagai "Pengkhianat Bangsa, dan Kalakau adalah individu yang menyelungkar segala rekod Jeffrey dalam era PBS sehinggalah Jeffrey masuk ISA.

NOW you be the judge. Adakah kemasukkan Kalakau Untol yang bakal dinobatkan sebagai ahli terbaharu PKR Sabah pada 28 Februari ini. sesuatu yang besar dan bermakna kepada PKR atau ini hanya lah sekadar isu a.k.a retorik politik dan pengimbang kepada kehilangan ramai pemimpin dan penyokong PKR sejak akhir-akhir ini.

Bagaimana dengan sambutan golongan professional yang baru berjinak-jinak dengan politik tetapi bersih dan tiada rekod hitam. Tidakkah mereka terfikir bahawa kalau zaid Ibrahim dituduh sebagai "sampah UMNO', tidakkah Kalakau dituduh sampah UPKO dan keinginan mereka bakal luntur? Akan berkurangankah pening kepada Kak Wan dengan kemasukkan Kalakau ini? Atau krisis PKR Sabah akan bertambah rumit lagi?

Jika keadaan ini menanti dihadapan PKR Sabah, apakah sebenarnya yang PKR Malaysia nak bangga-banggakan? Apakah yang ingin PKR buktikan kepada rakyat Malaysia? Apakah penyertaan Kalakau dalam PKR dapat mengimbangi kehilangan Datuk Zaharin Mohamed Hashim?

Read more...

100 ahli PKR Lembah Klang masuk Umno

Tuesday, February 9, 2010

KUALA LUMPUR: Pergolakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus meruncing apabila 100 ahli dari beberapa bahagian di Lembah Klang, keluar parti kerana tidak percaya terhadap pemimpin parti itu yang lebih mengutamakan agenda peribadi berbanding rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, menerima borang kemasukan ahli PKR itu ke dalam Umno, diketuai Bendahari PKR Wilayah Persekutuan, Norasidi Salim, di sini, malam tadi. [berita penuh]

Baca juga:
-DAP 'duri dalam daging'

Read more...

Melayu perlu ambil iktibar kemelut politik Pulau Pinang

Friday, February 5, 2010

TGHH, DSAI dan LKS. Ketika itu DSAI dan LKS tergesa-gesa memerangkap RGHH supaya segera menghancurkan idea "Kerajaan Perpaduan". Kini Melayu Pulau Pinang sugul.

BUKIT MERTAJAM 4 Feb. - Kemelut politik di Pulau Pinang seharusnya menyedarkan orang Melayu betapa kerajaan negeri yang diketuai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya tidak ikhlas memperjuangkan nasib mereka.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohammad Afandy Yusof berkata, kemelut itu jelas menunjukkan wajah sebenar kepimpinan DAP-PKR yang hanya berlumba-lumba mengejar keuntungan politik dan peribadi.

Lebih malang katanya, rata-rata pemimpin PKR sanggup akur dengan tindak-tanduk DAP dan enggan bersuara semata-mata takut kehilangan jawatan.

"Banyak iktibar yang boleh direnung bukan sahaja isu gerai peniaga kecil Melayu yang diroboh tetapi juga sikap biadab pemimpin DAP sebelum ini yang memperlekehkan agama Islam.

"Lihat sahaja keceluparan pemimpin DAP yang pernah mengaitkan syariah Islam dengan golongan ekstremis. Semua ini seharusnya memberi kesedaran kepada orang Melayu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Berita penuh di sini

Read more...

Jumlah Anggota Umno Sabah Hampir Setengah Juta

Datuk Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk  Sapawi Haji Ahmad, MP Sipitang dan Datuk Salleh Tun Said, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berbincang sempena Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

KOTA KINABALU, 4 Feb (Bernama) -- Umno Sabah sehingga kini mempunyai anggota seramai 459,817 orang dan angka itu akan bertambah dari semasa ke semasa, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada Khamis malam.

"Umno Sabah akan bekerja keras untuk menambah bilangan ahli dan menggunakan semua peluang dalam program-program bersama rakyat dengan membuka kaunter pendaftaran ahli," kata Musa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Umno Negeri di sini.

Beliau berkata Umno Sabah akan menggunakan kesempatan Progam Juara Rakyat yang diadakan setiap bulan di semua bahagian untuk mendekatkan parti dengan rakyat dan meraih sokongan rakyat.

-- BERNAMA

Read more...

SEMBIRAIKU BUKAN MO. PERBAIKI TANGGAPAN YANG SALAH.

Thursday, February 4, 2010

 
Haiwan ini tidak bisa befikir waras seperti manusia.

Sembiraiku memang selalu membantah jika terdapat ada unsur unsur penghinaan yang tidak bertempat "uncalled for" dalam penulisan terutama jika kesempatan menizinkan.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa ADALAH SALAH DAN "UNCALLED FOR" menuduh laman weblog Sembiraiku ini adalah milik Musli Oli.

Memang saya kenal Mosli Oli kerana sering melalui jalan di hadapan rumahnya semasa kecil dulu. Saya BUKAN Musli Oli.

Saya kenal Musli sebagai seorang penulis buku politik yang agresif dan provokatif. Itu pilihannya yang mesti dihormati. Saya juga terbaca dari blog rakan-rakan bahawa MO berkeinginan untuk menjadi Ahli Parliment Kota Belud. Apa salahnya. Dia juga "The legal cirizen of Malaysia" yang tidak ditegah mengejar impiannya mengikut jalan dan peraturan yang sah dan betul.

Salah menyentuh peribadi dan memburukkan peribadi sesiapapun dalam tulisan terutama jika kita menghormati "kemanusiaan" dan etika penulisan yang betul.

Sembiraiku BUKAN MO atau PIPIT PEKEPA' .  Sembiraiku asing dari pipitpekepa.blogspot.com. Hormatilah hak Sembiraiku untuk menjalinkan persahabatan dengan sesiapa yang difikirkan baik dan sesuai. Jangan menuduh dengan melulu dengan semudahnya. Jadilah kita semua manusia yang bermaruah dalam penulisan kerana pembaca menilai kita dari hasil karya kita masing-masing.

Salam Persaudaraan.
Sembiraiku.

Read more...

Laporan langsung Liwat2 Anwar- Blog Unspinners

Read more...

Nostalgia: Hari Hari Di Hadapan Mataku.

Tuesday, February 2, 2010

 
Mugkin seperti inilah dunia kami di zaman kanak-kanak dulu. 

Barangkali ini dapat mengembalikan nostalgia itu....

Saban hari aku meliwati jalan ini. Mengembalikan nostagia zaman kanak-kanak mengayuh basikal melintasi jambatan kayu yang sering banjir. Lalu terpaksa pula melintasi jambatan gantung, dihujungnya Lematok, setelah menharungI kebun getah untuk ke sekolah, SMK Arshad, yang masih tersayang. Mengayuh basikal ramai-ramai tanpa mengerti penat dan lapar dahaga. Bagaikan satu pesta zaman kanak-kanak dulu.Kadang-kadang sanggup menawarkan anak-anak gadis membonceng biar terpaksa berhempas pula mengayuh, tetap juga kegirangan.

Perkara yang masih hampir sama kini masih ada. Binatang berkeliaran, lembu, dan gerai yang terletak benar-benar di bahu jalan. Dulu gerai ini sering menjadi "casio kecil", tempat beriadah dan minum kopi dengan ubi kayu, penjaram. dan kueh kacang hijau. Gerai itulah yang menjadi tempat pertemuan dan berkomunikasi penduduk Sembiraiku. Kami dn akan-rakan memang menjadi kutu gerai ini bila cuti sekolah.

Dulu sebatang tali air atau lebih dikenali penduduk sebagai irrigation, merentangi Sembiraiku. Sering menjadi tempat mandi manda kami semasa masih bergelar anak kecil sambil bertelanjang. Kadang  parit itu menjadi tempat membasuh pakaian kerana airnya jernih. Cuma air sabun dan bahan cucian dilarang untuk dibuang semula mengikuti parit itu. Rumah pam airlah puncanya air itu mengalir laju. 

Rumah Pam Air di hunung jambatan di hujung Sembiraiku itu kini sudah tidak berfungsi lagi. irrigationpun sudah tidak lagi mengalikan air deras, bertanam padipun sudah tidak menjadi punca mata pencarian yang utama. Yang kekal hanyalah gerai-gerai di bahu jalan. Penjaram dan kueh kacang hijau masih ada. masih mengusik nostagia kerana di situlah saya dan rakan-rakan singgah menjadi pelanggan tetap gerai bangsaku selepas berlumba-lumba berbasikal. Dulu Kuih Kacang Hijau 10 sebiji. 50 sen bekal ke sekolah sudah cukup.

Anak-anak kini sudah tidak lagi sanggup berbasikal dan berbekal 50 Sen. Mungkin sudah tidak mahu berbekal pinjaram dan kueh kacang hijau. Mereka tidak lagi sanggup bermadikan air irrigation. Namun mereka yang melalui nostagia seperi kami zaman kanak-kanak dulu, lebih cekal lebih daya tahan. Kadangkang aku bertanya sendirian, berapakah wang saku kanak-kanak hari ini. Pernahkah mereka bertanya bagaimana ibu bapa mereka mendapat wang saku itu? Pernahkanh mereka merenung wajah ayah mereka ketika siayah tidur kerana penat dan lelah?

Maju dan majulah bangsaku., generasi kita masih perlu mengharungi kehidupan ini dan mencipta nostagia seperti kita, yang membuat kita tersenyum bila mendengar rintihan dan penderitaan generasi kini yang tidak pernah mengerti jalan-jalan yang pernah kita lalui.

Read more...

Mentaliti Iranun, Bajau, Dusun dan Melayu Sukar Berubah-Kelapa Mawar.

Monday, February 1, 2010

Sembiraiku agak terperanjat membaca ulasan Kelapa Mawar mengenai komen Sembiraiku (Pipit Pekepa) dalam blog Kelapa Mawar.

Sembiraiku sedih sekali lagi kerana Kelapa Mawar masih terus memperkecil suku bangsa. Kali ini Iranun Bajau, Dusun dan Melayu dipandang rendah sekali apabila dikatakan "mentaliti mereka (diejanya "mrk") sukar berubah. Barangkali Kelapa Mawar belajar dari Aduka Taruna yang menghina DYMM Almarhum Sultan Johor supaya blognya popular. Siapa pula pemimpin yang diperkecil Kelapa Mawar dengan mengatakannya "Pemimpin yang gagal menyumbang kepada taraf hidup? Ikutilah ulasan Kelapa Mawar seperti beriku:-


ulasan saya (Kelapa Mawar}
1. ........Pada asasnya keadaan itu berlaku dan ini..sama ada atas sebab apa..itu tidak dapat dipastikan.. Namun berdasarkan pengamatan saya..sdr Pipit boleh nyatakan berapa ramai pemimpin politik Iranun dalam UMNO KB..?

2. Saya katakan melulu, kerana di kalangan orang 
Iranun ada yang berbuat demikian.

Mentaliti mrk sukar berubah..sebab itu biarpun ada pemimpin yg 'gagal' menyumbang kp peningktan taraf hidup mrk, namun mrk tetap sokong. Ini bukan sahaja berlaku pada masyarakat Iranun, malahan juga pada masyarakat Dusun dan Bajau.,.hatta org melayu juga ada yg demikian.-Kelapa Mawar

.

Read more...

Lagu kaum Pribumi Sabah.- KDM

BATASAN JANGAN DILANGKAHI

The improper use of network facilities or network services, as provided under section 233(1)(a) of the Communications and Multimedia Act.

Under the section, any person who knowingly initiates the transmission of any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person is liable to a fine not exceeding RM50,000 or imprisonment of up to one year.

He will also be liable to a further fine of RM1,000 for every day during which the offence is continued after conviction.


About This Blog

ISUN ISUN JADI PESOKO

PELAWAT BUKAN PELIWAT

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP