Melayu perlu ambil iktibar kemelut politik Pulau Pinang

Friday, February 5, 2010

TGHH, DSAI dan LKS. Ketika itu DSAI dan LKS tergesa-gesa memerangkap RGHH supaya segera menghancurkan idea "Kerajaan Perpaduan". Kini Melayu Pulau Pinang sugul.

BUKIT MERTAJAM 4 Feb. - Kemelut politik di Pulau Pinang seharusnya menyedarkan orang Melayu betapa kerajaan negeri yang diketuai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya tidak ikhlas memperjuangkan nasib mereka.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohammad Afandy Yusof berkata, kemelut itu jelas menunjukkan wajah sebenar kepimpinan DAP-PKR yang hanya berlumba-lumba mengejar keuntungan politik dan peribadi.

Lebih malang katanya, rata-rata pemimpin PKR sanggup akur dengan tindak-tanduk DAP dan enggan bersuara semata-mata takut kehilangan jawatan.

"Banyak iktibar yang boleh direnung bukan sahaja isu gerai peniaga kecil Melayu yang diroboh tetapi juga sikap biadab pemimpin DAP sebelum ini yang memperlekehkan agama Islam.

"Lihat sahaja keceluparan pemimpin DAP yang pernah mengaitkan syariah Islam dengan golongan ekstremis. Semua ini seharusnya memberi kesedaran kepada orang Melayu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Berita penuh di sini

0 comments:

Post a Comment

Lagu kaum Pribumi Sabah.- KDM

BATASAN JANGAN DILANGKAHI

The improper use of network facilities or network services, as provided under section 233(1)(a) of the Communications and Multimedia Act.

Under the section, any person who knowingly initiates the transmission of any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person is liable to a fine not exceeding RM50,000 or imprisonment of up to one year.

He will also be liable to a further fine of RM1,000 for every day during which the offence is continued after conviction.


About This Blog

ISUN ISUN JADI PESOKO

PELAWAT BUKAN PELIWAT

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP