Nostalgia: Hari Hari Di Hadapan Mataku.

Tuesday, February 2, 2010

 
Mugkin seperti inilah dunia kami di zaman kanak-kanak dulu. 

Barangkali ini dapat mengembalikan nostalgia itu....

Saban hari aku meliwati jalan ini. Mengembalikan nostagia zaman kanak-kanak mengayuh basikal melintasi jambatan kayu yang sering banjir. Lalu terpaksa pula melintasi jambatan gantung, dihujungnya Lematok, setelah menharungI kebun getah untuk ke sekolah, SMK Arshad, yang masih tersayang. Mengayuh basikal ramai-ramai tanpa mengerti penat dan lapar dahaga. Bagaikan satu pesta zaman kanak-kanak dulu.Kadang-kadang sanggup menawarkan anak-anak gadis membonceng biar terpaksa berhempas pula mengayuh, tetap juga kegirangan.

Perkara yang masih hampir sama kini masih ada. Binatang berkeliaran, lembu, dan gerai yang terletak benar-benar di bahu jalan. Dulu gerai ini sering menjadi "casio kecil", tempat beriadah dan minum kopi dengan ubi kayu, penjaram. dan kueh kacang hijau. Gerai itulah yang menjadi tempat pertemuan dan berkomunikasi penduduk Sembiraiku. Kami dn akan-rakan memang menjadi kutu gerai ini bila cuti sekolah.

Dulu sebatang tali air atau lebih dikenali penduduk sebagai irrigation, merentangi Sembiraiku. Sering menjadi tempat mandi manda kami semasa masih bergelar anak kecil sambil bertelanjang. Kadang  parit itu menjadi tempat membasuh pakaian kerana airnya jernih. Cuma air sabun dan bahan cucian dilarang untuk dibuang semula mengikuti parit itu. Rumah pam airlah puncanya air itu mengalir laju. 

Rumah Pam Air di hunung jambatan di hujung Sembiraiku itu kini sudah tidak berfungsi lagi. irrigationpun sudah tidak lagi mengalikan air deras, bertanam padipun sudah tidak menjadi punca mata pencarian yang utama. Yang kekal hanyalah gerai-gerai di bahu jalan. Penjaram dan kueh kacang hijau masih ada. masih mengusik nostagia kerana di situlah saya dan rakan-rakan singgah menjadi pelanggan tetap gerai bangsaku selepas berlumba-lumba berbasikal. Dulu Kuih Kacang Hijau 10 sebiji. 50 sen bekal ke sekolah sudah cukup.

Anak-anak kini sudah tidak lagi sanggup berbasikal dan berbekal 50 Sen. Mungkin sudah tidak mahu berbekal pinjaram dan kueh kacang hijau. Mereka tidak lagi sanggup bermadikan air irrigation. Namun mereka yang melalui nostagia seperi kami zaman kanak-kanak dulu, lebih cekal lebih daya tahan. Kadangkang aku bertanya sendirian, berapakah wang saku kanak-kanak hari ini. Pernahkah mereka bertanya bagaimana ibu bapa mereka mendapat wang saku itu? Pernahkanh mereka merenung wajah ayah mereka ketika siayah tidur kerana penat dan lelah?

Maju dan majulah bangsaku., generasi kita masih perlu mengharungi kehidupan ini dan mencipta nostagia seperti kita, yang membuat kita tersenyum bila mendengar rintihan dan penderitaan generasi kini yang tidak pernah mengerti jalan-jalan yang pernah kita lalui.

0 comments:

Post a Comment

Lagu kaum Pribumi Sabah.- KDM

BATASAN JANGAN DILANGKAHI

The improper use of network facilities or network services, as provided under section 233(1)(a) of the Communications and Multimedia Act.

Under the section, any person who knowingly initiates the transmission of any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person is liable to a fine not exceeding RM50,000 or imprisonment of up to one year.

He will also be liable to a further fine of RM1,000 for every day during which the offence is continued after conviction.


About This Blog

ISUN ISUN JADI PESOKO

PELAWAT BUKAN PELIWAT

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP