Kalakau Untul Bakal Masuk PKR: Apa yang cuba PKR Sabah buktikan?

Thursday, February 18, 2010

 
Kak Wan dah Pening dengan kes ramai ahli, penyokong pemimpin PKR yang meninggalkan partinya. Sodomi II tambah memeningkan. Apakah Kalakau Untol menjadi tambahan kepada kepeningan itu?.

Sejak konvensyen PR Sabah Disember, 2009, tiada program besar yang diadakan di Sabah. Politik Sabah sepi dari kemelut. Ia seakan menesahkan bahawa Sabah sebenarnya memang salah satu negeri fix deposit BN.

Khabarnya Presiden PKR, Datuk Seri Wan Aziziah Wan Ismail akan ke Sabah pada 21 Februari ini, Kak Wan akan mengadakan program Bertemu Anda di Star City Convensyen Centre, Kota Kinabalu. DSAI tidak akan turut serta. Barangkali dia terlalu sebok. dengan Sodomi II dan melayan tetapunya dari luar negara; dari Australia, India dan USA.

Bagimanapun, DSAI dikatakan akan menyusul lawatan Presden PKR ini pada 28 Februari. Pastinya ada sesuatu yang yang besar berlaku di Sabah, Negeri fix-deposit BN. Khabarnya pancing DSAI sudah mengena dan "ikan besar akan dinaikkan ke perahu PKR jika talinya tidak putus atau jika "ilmu 916" dan "we have the number" tidak diperguna sebagai strategi". Mulanya saya terlalu ingin untuk mengetahi "siapa Ikan besar ini" sehingga saya memujuk "Konsultan PKR Sabah untuk memberitahu saya" No way katanya ini Rahsia Besar! Top Secret!

Bagaimanapun Rahsia Besar! Top Secret! itu tidaklah sesuatu yang mengejutkan. Kalakau Untol meninggalkan UPKO dan semua jawatannya dalam kerajaan disaksikan Tuan Haji Ansari dan beberapa pemimpin PKRTuaran. Apakah ini mampu mengurangkan pening kepala Kak Wan?.
 
 Mampukah Kalakau mengisi kehilangan Zaharin? Sanggupkah Kalakau menghadapi bekas Bossnya, Datuk Wilfred Mojilip Bumnuring.

Sejak awal lagi ramai yang mengatakan bahawa langkah DSAI memujuk Datuk Dr. Jeffrey dengan Jawatan, PMPMSS, Pengerusi Majlis Permesyuarat bagi Sabah dan Sarawak, adalah merugikan PKR Sabah dalam jangka panjang. Kemelut kepimpinan PKR sejak Jeffrey kembali semula tidak juga selesai dan semakin keruh. Apakah kehadiran Kalakau akan membantu?

Sebenarnya Kalakau, sebagai Presiden sebuah NGO, USDA, United Sabah Dusun Association, yang ditinggalkan Datuk Mark Koding (Mendiang), merasakan dia perlu merebut peluang dalam kepimpinan negeri. Dia bukan lagi Senator dan tiada kedudukan politik yang teguh.

Kawasan Tuaran sudah dipenuhi oleh pemimpin BN. NO VACANCY. ADUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim-BN (PBS), DUN Kiulu. Datuk Louvis Rampas BN (PBS), DUN Sulaman , Datuk Hajiji Mohd Noor, BN UMNO dan MP Tuaran, Datu Wilfred Mojilip BN (UPKO). Oleh itu, jika Kalakau teringin memenuhi cita-cita politiknya, jalan penyelesaiannya, ialah Keluar dari UPKO (BN) dan menyertai pembangkang. Untuk Kalakau bersaing dengan ADUN dan MP kini dalam BN , sebagai calon BN, sudah tentu Kalakau gagal dan sukar menandingi mereka. So, Keluarlah Kalakau dari BN.

Isu yang dijadikan Kalakau untuk meninggalkan BN itu sebenarnya BUKAN sebab meninggalkan BN kerana isu itu sudah lama berlaku. Adapun isu-isu yang disebutkan Kalakau itu ialah isu-isu yang disediakannya untuk menghadapi PRU. Maknanya sebab utama Kalakau keluar BN ialah untuk MENCUBA NASIB kalau-kalau dicalonkan PKR.

Sudah pasti kawasan favorite Kalakau ialah DUN Tamparuli. lalu bagaimana pemimpin asal PKR di kawasan itu. Bagaimana Henry Messon, Edward Linggu dan Jasmine yang juga menaruh harapan di kawasan yang sama?. Apakah mudah bagi mereka memberikan laluan kepada bekas musuh mereka dalam PRU12?. Apakah Kalakau mampu menghadapi Datuk Wilfred Bumburing yang menjadi Bossnya dalam UPKO di Tamparuli? Aapakah Kalakau mampu menghadapi kawan-kawan lamanya, Jahid, Hajiji dan Louvis? Apakah UPKO Sabah akan berdiam diri? Apakah Tan Sri Benard Dompok, sebagai Menteri Penuh dalam kerajaan akan berdiam diri?

Kehadiran Kalakau juga sudah pasti tidak akan menyenangkan Jeffrey Kitingan. Kalakau lebih rapat dengan Ansari, seteru utama Jeffrey dalam barisan kepimpian PKR Sabah kini. Jeffrey dan Kalakau pula memang seteru lama sejak zaman PBS, hinggalah Jeffrey menyertai AKAR dan kembali semula ke PBS. Jeffrey pernah melebel Kalakau sebagai "Pengkhianat Bangsa, dan Kalakau adalah individu yang menyelungkar segala rekod Jeffrey dalam era PBS sehinggalah Jeffrey masuk ISA.

NOW you be the judge. Adakah kemasukkan Kalakau Untol yang bakal dinobatkan sebagai ahli terbaharu PKR Sabah pada 28 Februari ini. sesuatu yang besar dan bermakna kepada PKR atau ini hanya lah sekadar isu a.k.a retorik politik dan pengimbang kepada kehilangan ramai pemimpin dan penyokong PKR sejak akhir-akhir ini.

Bagaimana dengan sambutan golongan professional yang baru berjinak-jinak dengan politik tetapi bersih dan tiada rekod hitam. Tidakkah mereka terfikir bahawa kalau zaid Ibrahim dituduh sebagai "sampah UMNO', tidakkah Kalakau dituduh sampah UPKO dan keinginan mereka bakal luntur? Akan berkurangankah pening kepada Kak Wan dengan kemasukkan Kalakau ini? Atau krisis PKR Sabah akan bertambah rumit lagi?

Jika keadaan ini menanti dihadapan PKR Sabah, apakah sebenarnya yang PKR Malaysia nak bangga-banggakan? Apakah yang ingin PKR buktikan kepada rakyat Malaysia? Apakah penyertaan Kalakau dalam PKR dapat mengimbangi kehilangan Datuk Zaharin Mohamed Hashim?

0 comments:

Post a Comment

Lagu kaum Pribumi Sabah.- KDM

BATASAN JANGAN DILANGKAHI

The improper use of network facilities or network services, as provided under section 233(1)(a) of the Communications and Multimedia Act.

Under the section, any person who knowingly initiates the transmission of any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person is liable to a fine not exceeding RM50,000 or imprisonment of up to one year.

He will also be liable to a further fine of RM1,000 for every day during which the offence is continued after conviction.


About This Blog

ISUN ISUN JADI PESOKO

PELAWAT BUKAN PELIWAT

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP