Bila Adat Di Junjung.

Sunday, January 31, 2010

Jumlah Denda: Empat Ekor Kerbau, seekor babi, RM2,000,00 dan RM200.00 sebulan untuk anak-anak pengadu yang juga anak pesalah.

Sepasang "kekasih" yang menjalinkan hubungan sulit telah didenda empat ekor kerbau, seekor babi dan RM2,000. Ringgit oleh Mahkamah Anak Negeri Penampang. Jumaat lepas (29 Januari, 2010). Denda ini dikenakan selepas isteri kapada suami yang terlibat dengan hubungan sulit ini mengadu kepada mahkamah  Anak Negeri Penampang tahun lepas.

Mahkamah Anak Negeri Penampang mengarahkan lelaki, yakni suami kepada pengadu, membayar denda RM1,000.00, gantirugi seekor kerbau atau RM1,500.00 kepada isterinya; seekor babi atau RM500.00 kepada dua orang anak mereka. Manakal Penduduk Kampun Lengkuas Papar, Kg Suaminya, dibayar seekor kerbau atau RM1,500.00. Di samping itu si suami ini diarah membayar sebanyak RM200.00 sebulan sebagai perbelanjaan anak-anak mereka.

Pasangan wanita lelaki ini juga didenda sebanyak RM1,000.00 sebagai ganti rugi kepada Isterinya dan seekor kerbau hendaklah dibayar kepada Penduduk sebuah kampung di Keningau, kampung asal pasangan wanita suami pengadu.

Penghakiman dijalakan oleh Pegawai Daerah Penampang , Encik William Sampil, dua Ketua Anak Negeri Johney Molijo dan Adrian Sikawah.

Demikaian keputusan Mahkamah Anak Negeri ke atas pelaku menjalin hubungan sulit di belakang (disembunyikan) isteri. Hukuman Mahkamah Anak Negeri yang menjunjung adat.
NOTA:
Sembiraiku tidak menceritakan atau mensensasikan fakta kes dan kisah "hubungan sulit" sebagai menghormati kemanusiaan dan mengelak dari mengaibkan mereka yang dihukum sekalipun mereka bersalah. Peringatan Sembiraiku, jangan ada di antara kita yang cuba mengaibkan sesiapa terutama apabila kita menyedari mereka belum tentu bersalah. Ingatlah pesan ini Kelapa Mawar.

2 comments:

PIPIT PEKEPA' January 31, 2010 at 7:46 AM  

Di SAVE di si i sebagi rekod. Takut komen saya ini di buang dari bloh rakan.

Jangan pendik ingatan. Pertama kali HMJ bertanding lawan Abdul Salam Haji Jibang, Pengundi di Tempasuk, PETI UNDI RAMPAYAN YG KASI Musbah MENANG. Tolak Peti Undi Rampayan (SK Nanamon kah itu?) masa itu tentu Musbah kalah. Musbah tahu ini. Iranun kasih menang Musbah.

Janganlah kasi laga-laga BAJAU-IRANUN. Kami ramai Waris Iranun. Azrone ramai Waris Iranun, Musli, Jemil, Salam, Ramai Waris Iranun, Sembiraiku lagi ramai waris Iranun. Kami anggap Bajau-Iranun bagai isi dengan kuku. Jangan KM atau siapa saja laga-lagakan.

Apa agenda tersembunyi? sampai pinesasa jomo bedenakan?. Menanamkan kebencian antara meraka? Mau lihat Iranun-Bajau berpecah supaya ada yg lain berpeluang jadi YB kah?

Inilah yg menyebabkan saya kurang senang.

KM kurang membaca. Taukah Baraq Hussien Obama adalah minoriti di atas minoriti di Amerika Syarikat? Barangkali KM tidak tahu siapa Presiden Amerika Syarikat hari ini?

Sedarlah KM buka minda.(saya cakap dari hati yang ikhlas) jangan lagi perlaga-lagakan suku bangsa ini. Carilah idea yg bernas. MCM penyelesaian Jalan By Kota Belud-Kudat., atau ganti rugi tanaman kena banjir atau ganti rugi tanah di Mukim Keguraan yg diragut projek pengairan. Behentilah menulis perkauman. KM tidak akan berjaya memecah belahkan perpaduan Iranun-Bajau seperti penjajah pecah-belahkan pribumi di PERANG PANDASAN. Kami tahu Kulindod..dan anak-nak buahnya tidak suka penjajah. Idahan kalo benar idahan, Kolindad dan orang-orang bersatu dengan Bajau-Iranun-Idahan menentang Penjajah British dalam Perang Pandasan. Kenapa kita laga-lagakan?

(KM jangan takut mengkritik saya atas nama kebenaran, tapi elakkan mengina mana-mana bangsa)

Seliu Liu January 31, 2010 at 5:42 PM  

Tahniah denakan Pipit Pekepa'.

Tulisan baik untuk generasi pewaris Kota Belud.

Post a Comment

Lagu kaum Pribumi Sabah.- KDM

BATASAN JANGAN DILANGKAHI

The improper use of network facilities or network services, as provided under section 233(1)(a) of the Communications and Multimedia Act.

Under the section, any person who knowingly initiates the transmission of any comment, request, suggestion or other communication which is obscene, indecent, false, menacing or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass another person is liable to a fine not exceeding RM50,000 or imprisonment of up to one year.

He will also be liable to a further fine of RM1,000 for every day during which the offence is continued after conviction.


About This Blog

ISUN ISUN JADI PESOKO

PELAWAT BUKAN PELIWAT

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP