ISTILAH MELAYU BAJAU SESUAI UNTUK KOMUNITI BAJAU
Friday, March 19, 2010
KOTA KINABALU: Komuniti Bajau diminta supaya menggunakan istilah atau panggilan Melayu Bajau selaras usaha mencapai kemajuan dan pembangunan dalam semua aspek.
Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (Usbo), Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata penggunaan istilah Melayu Bajau bagi merujuk komuniti dalam rumpun Bajau adalah bersesuaian dengan perkembangan masakini, malahan telahpun diadaptasi oleh banyak komuniti lain.
"Oleh itu, penggunaan istilah ini dalam komuniti Bajau tidak salah dan tidak akan menghilangkan identiti masyarakat kita," katanya ketika berucap semasa jamuan tengah hari bersama-sama pemimpin-pemimpin Usbo dari seluruh Sabah di Hotel Berjaya Palace pada Sabtu.
Turut hadir Setiausaha Agung Usbo, Dr Liddy Sallun.
Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata dengan merujuk komuniti Bajau sebagai Melayu Bajau, ia akan dapat mengangkat martabat dan imej rumpun masyarakat ini ke tahap lebih tinggi.
Katanya, ia adalah juga seiring dan bersesuaian dengan penyatuan rakyat daripada pelbagai latarbelakang menerusi konsep 1Malaysia.
"Kita tidak boleh mengasingkan diri daripada arus perdana pembangunan negara, dan langkah merujuk atau menggunakan istilah Melayu Bajau ini merupakan suatu langkah yang harus dilihat secara positif," katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa penggunaan istilah sedemikian adalah seiring dengan fungsi Usbo di mana ramai komuniti Bajau bernaung, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Untuk itu, katanya, Usbo akan terus melaksana dan mengadakan program merapatkan silaturahim di peringkat cawangan bagi mendekati ahli akar-umbi.
Read more...